Wednesday 16 March 2011

lelaki x nangis punye . . .

assalamualaikum
haha... post lepas kte backup pompuan...
kali ni kembali kepade laki....
laki nangis ke?? mungkin o tidak...
anda rase???
tnjuk macho je 2...konon nye...
ni kt bwh ni adlah knp laki xnangis punye...
pon kopi paste tp best bce taw....
so enjoy...
awat? Korang ingat, lelaki tak boleh menangis ke? Jangan hanya ingat perempuan je yang boleh menangis. Lelaki pun boleh menangis gak taw.
Tetapi korang mesti tertanya-tanya, kenapa jarang sangat tengok lelaki menangis. Kalau korang tengok lelaki je, mesti korang kata, "Ala, lelaki... Tunjuk macho la tu..."
Lelaki sebenarnya bukan tak nak menangis, tetapi dorang pandai menghargai sebenarnye. Kan kalau kite menangis, kite keluarkan air mata. Yang lelaki ni bagus, dorang nak simpan air mata dorang tu. Nak bersihkan mata katanya. Tu pasal la lelaki tak menangis...
Selain daripada itu, lelaki ni suke perempuan puji dorang. Kalau lelaki tak menangis je, perempuan akan cakap ayat ni lagi, "Ala, lelaki... Tunjuk macho la tu..." Bukan lelaki nak berbangga-bangga, ataupun riak. Dah perempuan nak puji. Dah perempuan nampak ke-macho-an lelaki. Tu pasal la lelaki tak menangis...
Pemikiran lelaki dengan perempuan memang berbeza. Perempuan kalau tengok cerita yang sedih-sedih, mesti menangis. Tapi bila lelaki tengok cerita yang sedih-sedih, dorang akan rilek je. Cool. Takde nangis-nangis ni. Buat penat je. Dah la dorang penat balik dari kerja. Ni balik rumah nak nangis-nangis pulak. Tambah lagi penat ada la. Tu pasal la lelaki tak menangis...
Lagi satu, lelaki kan dikenali dengan kekuatannya. Kalau menangis, habis la dorang punya kekuatan, ke-tough-an tu semua hilang. Sebagai contoh, kalau lelaki tengah bertukang dan nangis-nangis nak buat kerja. Rasa-rasanya, siap tak kerja yang nak dibuat tu? Mesti lambat nak siap kan? Lelaki tak suka lambat-lambat ni. Tu pasal la lelaki tak menangis...
Dan akhir sekali, lelaki kan kacak kalau tak menangis. Takde nak serebeh-serebeh muka tu. Tu pasal la lelaki tak menangis...
haaa...
taw da nape laki xnngis...
2 la sbb nye....hee
tp kan..
laki pon nangis jugak...
mereka pon ad prasaan n jiwa sentimental dorg sndiri...
cube byg kn seorg bapa mnangis d depan ank n isteri nye...
mst hilang respek diorg kt ketua keluarga sorg ni...
so, laki ni tabah...
n even sdey mne pon dorg cube tahan nk nangis ni...
tp percaye la...
d saat tiada manusia d keliling...
air mata mereka ttp gugur d tanah bumi ni...
ceewah...
its real k...
sdey lak tulis ni...ahaks...
but pk2 kn la whai permpuan...
so kite jumpe lg next post ye...
heeee....
see ya....
T______T haha

Monday 14 March 2011

andainya lelaki taw . . .

assalamualaikum...
jumpe lg kte ek...
kali sy sbg pompuan...eh bukan!!
ni cte khas tuk laki lak...
post b4 khas tuk pompuan kn...
so kte bia fair la kt sini...
so read it...
mybe kopi paste but its gud 2 read for info cintan cintun ni...
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
amacam??
sdey ke tacing ke bese ke ape ke???
wat ever...
korg judge sendiri...
ahaha...
so laki sume phm2 la ek...
sy pon xsure sbb no gurl yet in my life...haha
so kte jmp lg len ari k...
see ya...
^_____^

Wednesday 9 March 2011

andainya perempuan taw . . .

assalamualaikum...
kt dunia ni, ad mcm2 laki...
ad yg sejati,yg lmbut, yg player, yg alim n sbg nye....
walo mcmane pon dorg, dorg still akn mngalami kesusahan ble masuk bab cintan...
so ari ni kte nk cte sket ap yg sbnrnye lelaki nk pompuan sume kt dunie ni taw....
  • laki pon ley jadi seorg yg sgt sensitif dan ambik berat (prihatin)
  • jike sseorg laki ni minat kt pompuan, pompuan itu xsemstinye cun. ckup ngan budi bahase ngan kesopann yg tggi
  • selalunye, laki xtaw prasaan yg pompuan ngah rase
  • laki bley trime sbarang 'rejek' ngan bek...
  • laki cube menonjolkan sikap kelakiannye utk mnmbat hati wanita
  • laki mmg dlahirkan dgn prasaan yg amat kuat trhadap wanita....dats y diorg asyk usha je.....ahaha
  • kebanyakan laki resah bile berhadapan dgn situasi nak ajak wanita kluar kali pertama!
  • laki cube berlagak macho just kerana nak memikat hati wanita
  • Bile laki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju
  • Bile laki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya nak bersikap jujur dan berterus-terang dan harap wanita memahami maksudnye
  • kebanyakan laki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (how true) adoi, trase aku
  • adalah bese lelaki cemburu terutamanya bile pompuan asyik ckp name laki lain
  • laki tak boleh belajar kesemuanya pasal pompuan dari libry o buku semata2. so dorg selalu keliru dgn sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...
  • Kadang2 laki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik
  • Bile sesuatu hubungan putus di tengah jalan, laki pon sdey jugak..cume dia tak tunjuk kesedihannya depan orang
  • Bila sorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau laki itu pon menaruh minat. Senang usahanya nanti...
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
haaa...tu la die....
sian gak kt laki ni,....
igin dipahami oleh kaum hawa...
kekadang mmg wanita ptot brhati2 ngan laki kt dunie ni....
tp, bukn sume laki kt dunia ni jht....
dorg pon ad ati n prasaan.....
kekadg pompuan ni kecewe sbb ptus ngan balak dey all pas2 xnk kple2 o bnci laki trus....
igt, akhir nye mereka akan blek ke pangkuan laki juga....
2 la lumrah kehidupan.....
akhir skali, dont judge a book by its cover....
everyone are different....
k...sori kalo trlepas ckp ke ap....
see ya...
daa~~

Tuesday 8 March 2011

bismillah . . .

assalamualaikum...
actually aku wat blog ni khas tok cerite kan tentang aku ngan die...
tapi sape die??? 
aku mne la ad sesape yg special dlm idop ni mlenkn famly aku sndiri...
xpe la...
blom dtg rezeki kot...
blog ni sbnrye blog lame....
aku delete sume post yg ade n wat yg bru....
bak kate or new life beb....
wiwit~ perkataan mhl ni  mebe aku aja....
haha...ngarot je lbey dlm frst post ni....
pape pon trus kn follow aku.....
aku nk show pic sket tp tenet slow lak....
next post la aku msuk kn...
papepon....
sape yg bek hati n bnyk nasihat.....
aku nk mnx tnjuk aja sket bab2 cintan ni....
so kalo ad pape idea, komen la o chat je kt box yg ad 2....
thanx evryone....
see ya...
>____<